|
DAGING DAN DADA AYAM
Banyak yang menyangka bahawa daging tidak baik untuk diet sihat. Ia sebenarnya tidaklah 100% betul.
Walaupun daging yang diproses tidak menyihatkan, kajian menunjukkan daging merah yang tidak diproses tidak meningkatkan risiko masalah jantung ataupun diabetes jika dimasukkan di dalam diet. SUMBER SUMBER2
Yang sebenarnya, daging ialah makanan yang sangat “weight-loss friendly” kerana ianya kaya dengan protein.
Protein ialah nutrient yang sangat mengenyangkan dan diet yang mengandungi protein yang tinggi boleh membuatkan anda membakar sehingga 80-100 kalori per hari.
Kajian juga menunjukkan yang membanyakkan kandungan protein dalam diet mampu untuk membuang “craving” ataupun mengurangkan nafsu makan anda sehingga 60%. Ia juga mampu untuk mengurangkan perasaan untuk makan di lewat malam dan boleh mengurangkan berat badan sehingga 0.45 kg per minggu. SUMBER SUMBER2
Jika anda sedang mengamalkan diet rendah karb ( low carb diet ), silakan jika anda mahu makan daging. Tetapi jika anda sedang mengamalkan diet yang tinggi karb, memilih “lean meats” lebih bagus. Lean meat ialah daging yang mengandungi peratus lemak yang rendah.
Kesimpulannya: Daging yang belum diproses sangat bagus diambil untuk meningkatkan pengambilan protein dalam diet. Menggunakan protein untuk menggantikan karb dan fat ialah cara yang lebih mudah untuk membuang lemak berlebihan
|